Wednesday, June 22, 2011

PROGRAM KEM KEMBARA SUKAN PELAYARAN 2011

TARIKH   : 17 - 18 JUN 2011
MASA     : 10 pagi - 4 petang
TEMPAT : BATU LAUT DAN BAGAN LALANG 

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi sedikit kelainan dalam latihan disamping memberi kekuatan fizikal pada atlet.
Perjalanan hari pertama amat mencabar dimana atlet terpaksa melawan arus dan ombak besar di beberapa tempat. Perjalanan
pergi memakan masa hampir 6 jam.

Perjalanan balik pula agak pantas memandangkan keadaan angin yang kuat dan ditolak arus mempercepatkan perjalanan
balik dimana atlet hanya memerlukan 3 jam untuk sampai ke Batu Laut. 

Terima kasih atas idea yang baik dari persatuan dan diharap ada program baru yang boleh dilaksanakan lagi.
--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

Monday, June 20, 2011

MAJLIS MERAIKAN KONTINJEN SELANGOR SUKMA 2011

TARIKH : 17HB JUN 2011 ( JUMAAT )
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : KEDIAMAN RASMI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR














Majlis meraikan kontinjen Selangor SUKMA 2011 telah disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor pada 17hb Jun 2011. Seluruh kontinjen SUKMA Selangor 2011 yang dianggarkan seramai 300 orang telah hadir memeriahkan majlis tersebut.

Syabas dan tahniah kepada seluruh kontinjen Negeri Selangor !

Tuesday, June 14, 2011

WARNA WARNI SUKMA 2011

TARIKH : 02-12HB JUN 2011
TEMPAT : KUALA LUMPUR.






Kejohanan SUKMA XIV telah di adakan dengan jayanya dari 02-12hb Jun 2011. Upacara perasmian pembukaan telah berlangsung meriah dengan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia Dan Sukan, Dato Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara serta beberapa kenamaan yang lain.

Kontinjen Negeri Selangor menduduki tempat kedua dengan meraih pingat 26 Emas, 18 Perak dan 28 Gangsa melepasi sasaran 21 emas dalam kejohanan SUKMA edisi Ke-14 kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kontinjen Selangor! InsyaAllah, kita jumpa di Negeri Pahang bagi edisi SUKMA ke-15 tahun 2012 :)