Thursday, March 10, 2011

TID PERINGKAT KEDUA SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK (MAG)

TARIKH    : 10HB MAC 2011 ( Khamis )
TEMPAT   : DEWAN GIMNASIUM, PUSAT SUKAN SEKSYEN 6, SHAH ALAM
MASA       : 8.30 PAGI SEHINGGA 10.00 PAGI

Seramai 15 orang murid dari 3 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Rashna, Klang, Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 dan Sekolah Kebangsaan Raja Muda Seksyen 4 Shah Alam telah menghadirkan diri ke sesi pemilihan kedua. Latihan ringan bagi membiasakan murid dengan suasana gim telah diberikan oleh jurulatih kepada semua murid.


PPN telah berkesempatan untuk memberikan taklimat ringkas kepada ibubapa berkenaan dengan program sukan gimnastik, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor. Sesi latihan pengenalan diadakan sebanyak tiga kali seminggu dan hari latihan akan bertambah dari masa ke semasa sehingga jurulatih menetapkan jumlah tetap murid yang akan terpilih memasuki program ini nanti.

Disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri 
Sukan Gimnastik

Tuesday, March 8, 2011

TID PERINGKAT KEDUA SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK ( MAG)

Tarikh    : 7hb Mac 2011 ( Selasa )
Tempat  : Gimnasium Gimnastik Artistik, Pusat Sukan Seksyen 6, MSN Selangor.
Masa     : 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi

Pemilihan peringkat kedua ini  adalah kesinambungan dari program TID yang telah dijalankan di SK. Taman Rashna, Klang pada 28hb Februari 2011. Seramai 12 murid telah terpilih dari sekolah tersebut namun hanya 5 orang sahaja yang hadir untuk sesi ini. Jurulatih, Encik Liu Hong Lu telah menjalankan sesi pengenalan sukan gimnastik artistik kepada semua murid yang hadir.

Program seterusnya : Khamis ( 10hb Mac 2011 ) , seramai 10 orang senarai awal yang terpilih untuk ke sesi pemilihan peringkat kedua dan ini melibatkan Sekolah Raja Muda Seksyen 4 Shah Alam dan Sekolah Seksyen 9, Shah Alam.

Disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN Sukan Gimnastik

Wednesday, March 2, 2011

TID SUKAN GIMNASTIK SIRI 4 - SK TAMAN RASHNA. KLANG SELANGOR







Tarikh : 28hb Februari 2011 ( Isnin )
Tempat : S.K Taman Rashna, Klang Selangor.
Masa  : 3.00 hingga 4.15 Petang

Program TID bertempat di S.K Taman Rashna ini adalah merupakan siri terakhir program pencarian bakat baru bagi fasa pertama sukan gimnastik, USPTN Selangor. Program di sekolah ini mendapat kerjasama dan bantuan yang amat baik dari guru-guru sekolah. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi kami ruang untuk menjalankan program seumpama ini. Seramai 25 orang murid telah disenarai pendek untuk dipanggil ke sesi pemilihan kedua bertempat di Dewan Gimnasium Seksyen 6 Shah Alam pada minggu kedua Mac 2011.

Perancangan terdekat : Sesi pemilihan kedua bagi fasa pertama program TID ( minggu kedua bulan Mac 2011 ). PPN serta 2 orang jurulatih iaitu Liu Hong Lu dan Svitlana Badiulia akan terlibat semasa program ini nanti.