TARIKH : 22HB OKTOBER 2016 ( SABTU )
TEMPAT : SMK RANTAU PANJANG, KAPAR KLANG.
MASA : 7.30 PAGI - 6.30 PETANG
KEHADIRAN :
1) Pn Zie Ileana Izra Binti Ujang ( Ketua Unit USPTN )
2) Encik Haiziq Bin Zuhair ( LO Sukan angkat berat MSNS )
3) Encik Naharuddin Bin Mahayuddin ( Jurulatih Negeri )
4) Encik Suhaizad Bin Subari (JSM)
5) En Nazrin (JSM)
6) Encik Noor Saiful (JSM)
7) Encik Tamyiz Bin Johari (JSM)
8) Encik Azhar Osman (JSM)
9) Encik Fadzlan (JSM)
10) Encik Kusairi ( Guru dari SMK Abdul Jalil )
11) Encik Mazzam ( Guru SMK Raja Muda Musa )
12) Cik Marliza & Encik Ruben ( Guru SMK Rantau Panjang )
PENYERTAAN:
1) SMK Rantau Panjang, Klang ( PLN )
Atlet : 38 Orang ( 21 wanita & 17 lelaki )
2) SMK Raja Muda Musa ( PLD )
Atlet : 11 Orang ( lelaki )
3) Batu 18, Hulu Langat (PLN)
Atlet :14 orang ( Lelaki )
JUMLAH KESELURUHAN PENYERTAAN : 63 Orang ( 21 wanita & 42 lelaki )
ULASAN :
1) Kejohanan dalaman ini merupakan siri 2/2016 setelah kali pertama yang terdahulu di adakan pada bulan Mac bertempat di Pusat Latihan Negeri, Batu 18 Hulu Langat. Kejohanan ini telah mengumpulkan semua atlet dari 3 pusat latihan sukan angkat berat Negeri Selangor. Objektif kejohanan ini di adakan adalah untuk memilih kumpulan atlet yang layak untuk ke penyertaan Karnival Bakat Pelapis yang akan di adakan pada 30hb November hingga 3hb Disember 2016, Melaka.
2) Sesi timbang berat badan telah dijalankan pada jam 8.00 pagi dan seterusnya pertandingan bagi kategori wanita dimulakan pada jam 10.00 pagi.
3) Pengetua baharu SMK Rantau Panjang Tuan Haji Abdul Hakim @ Abdul Khakin Bin Samuri telah memberikan ucapan perasmian bagi kejohanan ini pada pukul 2.00 petang iaitu sebelum kategori lelaki di mulakan pada jam 2.30 Petang. Beliau mengambil peluang berbual bersama dengan jurulatih bagi bertanyakan perkembangan sukan angkat berat di sekiolah SMK Rantau Panjang.
4) Puan Zie bersama dengan Encik Haziq telah menyempurnakan upacara penutup dengan penyampaian pingat pada pemenang bagi kategori lelaki.
5) Secara keseluruhanya, kejohanan dalaman ini berjalan dengan lancar dengan mendaoat kerjasama dari semua jurulatih, guru-guru pengiring dan juga pihak sekolah SMK Rantau Panjang. Jurulatih -jurulatih turut berpuas hati kerana ada atlet mereka yang telah mmecahkan rekod peribadi.
Sekian, untuk laporan.
Terima kasih.
SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor
Level 3, No.1 Persiaran Akuatik
Hotel Carlton Holiday & Suites
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
Email : suhana.usptn@gmail.com
Tel +603-55196380 ( samb 121
H/p 019 - 313 9562
No comments:
Post a Comment