Sunday, October 16, 2016

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI DI SMK RANTAU PANJANG, KLANG


SUKAN    :  ANGKAT BERAT
TARIKH  :  15.10.2016 ( SABTU )
TEMPAT  :  PUSAT LATIHAN NEGERI SMK RANTAU PANJANG, KLANG
MASA      :  8.30 PAGI - 1.00 PETANG

KEHADIRAN :
1) Tn Haji Adzahar Bin Derani ( Setiausaha Persatuan Angkat Berat Selangor )
2) Pn, Zie Ileana Izra Binti Ujang ( Ketau Unit, USPTN Selangor )
3) Encik Haziq Bin Zuhair ( LO MSNS )
4) Encik Naharuddin Mahayuddin ( Jurulatih MSN Selangor )
5) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
6) Encik Mohd Noor Saiful Bin Ahmad Puad ( JSM )
7) Encik Mohd Nazrin Bin Rusli ( JSM )
8) Cik Marliza Mohamad ( Guru Pembimbing Sukan Angkat Berat SMK Rantau Panjang, Klang )
9) 3 Orang kakitangan Unit Pengurusan Sains Sukan & Kejuruatihan MSN Selangor ( Encik Iqfan            Encik Hafiz dan En Ammirul )
10 ) Atlet : 30 orang ( 15 lelaki & 15 wanita )

PROGRAM 
1) Menjalankan ujian kecergasan atlet SMK Rantau Panjang kali kedua bagi tahun 2016 . Ujian kali pertama telah di adakan pada bulan Mac 2016. Antara elemen ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :

   i) Fleksibility : Sit & Reach
   ii) Strength : 1 Min Sit Up & 1 Min Push Up  
  iii) Explosive : Long Jump
   iv) Shuttle Run









2) Mengadakan perjumpaan bersama dengan semua jurulatih yang hadir. Antara perkara yang                    diperbincangkan semasa perjumpaan ini adalah seperti berikut :

   i) Perlaksanaan program pelapis berbaki 3 bulan untuk tahun 2016. Jurulatih negeri telah mengadakan       lawatan ke pusat latihan SMK Rantau Panjang pada bulan September bagi memantau potensi atlet           yang ada di pusat latihan tersebut. Seterusnya, beliau kaan menjalankan 'tour' ke pusat latihan daerah       di SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya pada minggu ketiga bulan Oktober 2016.

   ii) Perbincangan mengenai persediaan bagi mengadakan kejohanan dalaman pada 22hb Oktober 2016        bertempat di SMK Rantau Panjang, Klang. Objektif kejohanan itu dijalankan adalah untuk memilih        atlet yang layak untuk dibawa menyertai Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Siri 3/2016, Melaka            yang akan di adakan pada 30.1 - 03.12 2016. Selain atlet yang akan dipilih untuk menyertai                    karnival bakat, kejohanan tersebut juga adaah sebagai  menilai prestasi sebenar atlet
       tidak menyertai karnival bakat seperti atlet yang berumur bawah 12 tahun dan 16 tahun ke atas.

   iii) Perbincangan lain, adalah cadangan bagi mengemukakan permohonan melantik seorang jurulatih           penuh masa ( JPM ) bagi USPTN. Perkara ini akan dbincangkan lebih lanjut dalam Mesyuarat              JKK Bil 2/2016 yang akan di adakan pada November 2016.

   iv) Jurulatih Negeri  Naharuddin, memaklumkan beliau ada memberi tips kepada Mohd Nazrin                  ( JSM ) tentang kejurulatihan. 3 tips yang dikatakan telah diberikan oleh beliau adalah Psikologi            ( Ambil Jiwa Atlet ), Tidak pilih kasih dikalangan atlet dan catatkan matlamat dan visi diri sendiri            ( jurulatih ).

   v) Cadangan bagi mendapatkan 1 hari program bagi jurulatih bersama-sama duduk berbincang                    tentang penyelarasan teknik latihan.

Sekian, untuk laporan.

Di sediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik & Angkat Berat.





No comments:

Post a Comment