Friday, February 5, 2016

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SMK RAJA MUDA MUSA, BESTARI JAYA, KUALA SELANGOR

TARIKH     : 4HB FEBRUARI 2016 ( KHAMIS )
MASA         : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT    : SMK RAJA MUDA MUSA, KUALA SELANGOR.

KEHADIRAN :

Jurulatih : Encik Fadzlan Ghazali dan Encik Azhar Osman
Atlet       : 10 atlet












LATIHAN 
1) Snatch
2) Pull Clean
3) Front Squat

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada kejohanan peringkat kebangsaan akan di adakan dalam masa terdekat, Menurut takwim perancangan, Kejohanan Dalaman akan di adakan pada cuti sekolah bulan Mac 2016.

PERALATAN
- Tiada masalah, mengguna pakai semua peralatan yang ada di pusat latihan.

KECEDERAAN
- Tiada.

PROGRAM BINAAN
- Tiada bagi bulan Februari bagi pusat latihan ini.

ULASAN 

1) Jurulatih memaklumkan 9 orang atlet ( baru ) ini adalah mereka yang telah direkrut dari Sekolah Kebangsaan SK Badong hasil komunikasi Encik Azhar dengan guru di S.K Badong, semasa mereka berumur 12 tahun ( 2015 ) Mereka adalah dari sukan ragbi. Antara  kriteria pemilihan pelajar ini adalah kerana Speed, Power dan Agility yang mereka ada.

2) Dua atlet lama yang masih berlatih di sini  telah meningkatan angkatan mereka :

     i) Gugan ( 40kg ke 50 kg )
     ii) Iqfan ( 30kg ke 40 kg )

3)  Encik Azhar memaklumkan seramai 19 orang pelajar yang telah mendaftarkan diri ingin mengikuti program latihan sukan angkat berat 2016, akan menjalani ujian yang akan di adakan pada 20hb Februari 2016 ( Sabtu ). Ujian ini akan dikendalikan oleh kedua jurulatih di sini.

4) Menurut Encik Azhar, konsistensi atlet tidak bertahan lama dalam sukan ini di sini kerana disebabkan pengaruh rakan-rakan dan anggapan pelajar terhadap sukan ini.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik ( Renang & Terjun ) dan Angkat Berat




No comments:

Post a Comment