Tarikh : 21 - 23hb Disember 2015
Tempat : Bagan Lalang Beach Resort, Sepang, Selangor
Penyertaan :
8 Orang Pegawai.
2 Orang Jurulatih
60 Orang Atlet
Baru-baru ini, bertempat di Bagan Lalang Beach Resort,
Sepang, Selangor telah berlangsungnya Kem Pelapis Unit Sukan Prestasi Tinggi
Negeri Selangor. Penganjuran program mendapat kerjasama dari Majlis Sukan
Negeri Selangor dan Makmur
Corporate Resources Sdn. Bhd selaku konsultan yang dilantik bagi melancarkan
kem pelapis untuk kali ini.
Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk
menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa atlet sebagai medium untuk membina sikap yang positif berdepan
masa depan dengan penuh keyakinan. Mereka juga akan menghayati semangat
kesukanan, ketabahan, dedikasi, perpaduan, disiplin dan banyak lagi nilai
positif di dalam kem ini yang akan membantu mereka memperkukuhkan personaliti
dan karakter di dalam sukan
masing-masing.
Adalah diharapkan program ini dapat membantu meransang dan
membantu atlet berjaya
didalam sukan masing-masing dan membawa nama negeri Selangor diperingkat
yang
tertinggi.
Sekian, untuk laporan.
Mohd Nazrin Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Negeri
Selangor Darul Ehsan
Mohd Nazrin Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Negeri
Selangor Darul Ehsan
No comments:
Post a Comment