Monday, January 18, 2016

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN TERJUN

TARIKH  : 16hb JANUARI 2016 ( SABTU )
TEMPAT : PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN ( PADE ) SHAH ALAM
MASA     : 9.00 - 12.00 TENGAH HARI












KEHADIRAN :

1) Encik Rossarisham Bin Roslan ( JPM )
    Atlet :20 Orang ( 16 lelaki dan 4 Wanita ) - dilatih bersama oleh jurulatih Bryan Nickson.

2) Li Boxu ( JLN )
    Atlet : 4 orang ( 2 wanita dan 2 lelaki )
             : 2 orang tidak hadir.

3) Bryan Nickson Lomas ( Jurulatih Persatuan )


PROGRAM LATIHAN : 

Jurulatih : Rossarisham dan Bryan

- Group D _ Front and Back Water Entry
-Group C & d=D_Water Entry for 3m, 5m,7m & 10m Fitness.

Jurulatih : Li Boxu 

- Jurulatih baru sahaja balik dari bercuti ( 1hb - 10hb Januari 2016 ), Maka latihan yang dijalankan ke atas atlet hanya di gim sahaja pada hari ini iaitu dari jam 9.00-11.30 pagi.

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Atlet menjalani latihan sebagai persediaan masing-masing menyertai Kejohanan Selangor Age Group yang akan di adakan pada 24hb Januari 2016 bertempat di Pusat Akuatik Darul Ehsan ( PADE ) Shah Alam.

PERALATAN
Telah menerima peralatan set papan anjal dari pihak cawangan pada 7hb Disember 2015 lalu. Peralatan yang diterima telah melengkapkan peralatan bagi kegunaan latihan di gim ( seperti dalam gambar ).

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Masih dalam perbincangan bersama dengan pihak persatuan dalam merangka penganjuran program binaan bagi tahun ini.

ULASAN
- Jurulatih memaklumkan tentang jumlah atlet yang ramai ketika sesi latihan sedikit menyukarkan jurulatih untuk lebih fokus pada setiap atlet. Jurulatih amat mengharapkan agar pertambahan jurulatih baru dapat dibuat bagi meningkatkan kualiti latihan yang diterima oleh atlet.

- Perbincangan bersama dengan pihak persatuan untuk mengadakan 'Talent Identification' pada bulan Februari 2016 bagi pencarian atlet-atlet baru pada tahun ini.

Sekian,

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik ( Renang dan Terjun ) dan Angkat Berat


No comments:

Post a Comment