Friday, January 22, 2016

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN ANGKAT BERAT

TARIKH   :  22hb JANUARI 2016 ( JUMAAT )
TEMPAT  :  SMK RANTAU PANJANG, KAPAR KLANG.
MASA       :  8.00 HINGGA 11.00 PAGI


















KEHADIRAN :

Jurulatih : Encik Suhaizad Subari
Atlet       : 6 Wanita & 5 Lelaki

PROGRAM LATIHAN :

- Warm Up
- Front Squat
- Power Clean
- Press
- Stretching
- Warm Down

UJIAN
- Ujian kecergasan akan di laksanakan pada bulan Februari 2016.

PERTANDINGAN
- Tiada buat masa ini.

PERALATAN
- Selain dari kekurangan peralatan, peralatan yang sedia ada juga ada yang telah rosak.
- Bar 15kg dan 20kg yang terdapat di pusat latihan ini sudah terlalu uzur ( 15 tahun ).
- Tidak terdapat set peralatan untuk pelatih wanita di sini.

Antara peralatan yang sedia ada di pusat latihan ini adalah seperti berikut :

1) Bar - 15kg
2) Bar - 20kg
3) Cakera - 25kg ( 2 set ), 20kg ( 1 set ), 15kg (1 set),10kg ( 1 set ),5kg ( 1 set ) 2.5kg (2 set )
4) Rak
5) Blok

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN.
- Tiada pada bulan Januari .Program dirancang untuk di adakan pada bulan Februari 2016 nanti.

ULASAN

- Kehadiran atlet sangat memuaskan pada sesi latihan sebelah pagi ini di mana mereka yang bersekolah sesi petang akan berlatih pada waktu pagi.

- Puan NorAishah (Penolong Kanan Ko Kurikulum sekolah ) berkesempatan untuk melihat sesi latihan pada hari ini. Beliau telah berjumpa dengan jurulatih dan  memohon agar jurulatih dapat mengadakan latihan pada sesi pagi dan petang dengan mengurangkan hari latihan dalam seminggu. Walaubagaimanapun, jurulatih telah menjelaskan beliau tidak dapat memenuhi cadangan Puan Noraishah memandangkan beliau bekerja mengikut shif.

- Mengenai isu kekurangan peralatan, perkara ini telah dibincangkan bersama dengan pihak persatuan bagi mendapatkan peralatan berkenaan yang ada di pusat latihan SMK Raja Muda Musa, Kuala Selangor untuk dibawa ke SMK Rantau Panjang, Klang.

- Menerusi perbincangan dalam mesyuarat JKK Bil 2/2015 30hb Disember lalu, pusat latihan SMK Rantau Panjang ini telah dicadang untuk di naik taraf menjadi pusat latihan negeri jika sebelum ini hanya sebagai pusat Program Pengalakkan Sukan ( PPS ) sahaja. Komitmen yang ditunjukkan oleh jurulatih dan semangat yang ditunjukkan pelajar di sini sangat memuaskan.

- Kekurangan platform.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN Selangor
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang dan Terjun )
           



No comments:

Post a Comment