Tuesday, December 29, 2015

KEM TAHUNAN ATLET SUKAN ANGKAT BERAT USPTN BERSAMA ATLET SENIOR NEGERI SELANGOR

Tarikh   : 27 - 28 hb Disember 2015
Tempat : Pusat Latihan Negeri Batu 18, Kampung Jawa Hulu Langat Selangor.
Penyertaan :

3 Orang Pegawai.
7 Orang Jurulatih
55 Orang Atlet














Kem Tahunan bagi kesemua atlet angkat berat Negeri Selangor ini merupakan julung kali yang pernah di adakan bagi tahun 2015. Kem yang mengumpulkan semua atlet dari pusat latihan yang ada bagi program USPTN Selangor.

Seramai 30 orang atlet dari SMK Rantau Panjang, 5 orang atlet dari SMK Bestari Jaya dan 20 orang atlet dari Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi mengambil bahagian dalam kem ini. Objektif utama kem ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kesemua 55 atlet ini untuk hadir menjalani latihan bersama dengan jurulatih dan  atlet - atlet senior sukan angkat berat negeri. Antara lain objektif kem adalah untuk mengasah potensi atlet bagi mengenalpasti mereka yang berbakat dan yang boleh diketengahkan untuk  untuk menjalani latihan bersama dengan jurulatih dan  atlet senior.

Kem selama dua hari ini telah di rasmikan oleh Presiden Persatuan Sukan Angkat Berat Selangor iaitu Encik Azhar Bin Haji Hambali. Antara lain pengisian program selain latihan bersama dengan skuad senior adalah mini pertandingan yang dijalankan bagi kategori lelaki dan wanita ( kategori umur ). Ada atlet yang telah memperbaiki rekod angkatan masing-masing menerusi mini pertandingan ini.

 Menerusi ulasan oleh ketua jurulatih iaitu Encik Naharruddin Bin Mahayuddin, majoriti atlet dilihat boleh membuat angkatan cuma beliau mendapati kelemahan dari segi teknik angkatan yang perlu diperbaiki di masa akan datang.

Secara kesimpulannya, Program kem ini dilihat berjaya di mana atlet dan jurulatih telah sama-sama berkumpul dan memanfaatkan masa yang ada untuk mengajar dan mempelajari lebih mendalam tentang sukan angkat berat.

Selamat Maju Jaya buat semua atlet angkat berat negeri Selangor.

Sekian, untuk laporan.

Di sediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik dan Angkat Berat




No comments:

Post a Comment