Tuesday, July 11, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN PLN SMK RANTAU PANJANG ( 01/7 )

Tarikh                     : 11hb Julai 2017 ( Selasa )
Tempat                   :  Pusat Latihan Negeri SMK Rantau Panjang, Kapar Klang
Masa Latihan         :  8.30 - 10.30 Pagi
Masa Pemantauan  : 9.00 - 10.30 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Mohd Suhaizad Bin Subari ( JSM )
    Atlet : 23  Orang ( 14 lelaki & 9 wanita )

Program Latihan

1) Back Squat
2) Pull Snatch
3) Balance Snatch
4) Press









Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Tiada pada bulan Jun.

Peralatan
- Penggantian papan platform akan dibuat bagi menggantikan yang sedia ada kerana telah didapati usang.

Kecederaan
Tiada kecederaan atlet dilaporkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 

1)  Atlet telah mula berlatih pada 3hb Julai selepas cuti hari raya dan cuti persekolahan selama seminggu.

2)  Jurulatih memaklumkan beberapa orang pelajar sekolah berumur 13 tahun telah disenarai masuk ke dalam program dan menjalani latihan. Berdasarkan pemantauan saya, ada di antara mereka yang telah booleh melakukan angkatan. 

3) Perkembangan prestasi atlet adalah sangat memuaskan. Jurulatih telah merancang bagi menyediakan kumpulan atlet bagi setiap kategori.

4) Perbincangan bersama jurulatih berkenaan cadangan bagi mengadakan Kejohanan Dalaman di pusat latihan ini pada bulan September 2017. Beliau berharap agar Karnival Bakat Pelapis Siri 2 dapat di adakan bagi penyertaan atlet-atlet.

5) Kami akan berkunjung ke SMK Abdul Jalil, Hulu Langat pada 12.07.2017 bagi membincangkan dengan lebih lanjut dengan Puan Pengetua tentang cadangan kemasukan dua orang atlet SMK Rantau Panjang ke sekolah SMK Abdul Jalil. Dua orang atlet ini adalah atlet yang dicadangkan oleh Ketua Jurulatih , En Naharuddin untuk menyertai program Pelapis SUKMA .

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


No comments:

Post a Comment