Tarikh : 7hb November 2016 ( Isnin )
Tempat : Pusat Latihan Negeri, SMK Rantau Panjang, Klang Selangor
Masa : 4.00 - 6.00 Petang
Kehadiran :
1) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
Atlet : 23 Orang ( 14 wanita & 8 lelaki )
Program Latihan
1) Back Squat
2) Power Clean
Ujian
- Tiada.
Pertandingan
- Karnival Bakat Pelapis Siri 3/2016 pada 30hb November - 03 Disember 2016.
Peralatan
- Peralatan Jerk blok seperti yang disertakan dalam emel ini adalah peralatan yang telah dibekalkan oleh Majlis Sukan Negeri. Peralatan ini tiba di pusat latihan pada 3hb November 2016.
Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari urulatih.
Program Binaan
- Tiada
Ulasan
- Atlet dan jurulatih terpaksa berpindah kawasan latihan buat sementara waktu kerana di arahkan oleh pihak pengurusan sekolah.Ini disebabkan bulan Oktober dan November merupakan buan peperiksaan. Kawasan latihan sementara ini mengurangkan sedikit sebanyak bunyi bising ketika atlet menjalani latihan.
- Atlet kini menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan ke Kejohanan Karnival Melaka yang akan di adakan pada 30hb November - 3hb Disember 2016. Seramai 19 orang atlet telah disenaraikan bagi penyertaan karnival Melaka.
- Rakaman video sesi latihan atlet telah saya buat dan dimuatkan dalam group whatsapp USPTN sebagai laporan pemantauan. Komen serta pendapat telah dikemukakan oleh salah seorang Pengurus Sukan di Bahagian Atlet. Beliau telah bertanya tentang peringkat umur dan jangka masa latihan atlet . Dan ini adalah antara ulasan beliau tentang atlet yang berumur 15 tahun dan menjalanii latihan tidak sampai 2 tahun :
1) Asas pegang bar - sepatutnya lebih steady.
2) Stability serta kekuatan otot - Sepatutnya lebih steady semasa sesi warm up.
Antara cadangan bagi penambahbaikan :
1) Back to basic. Mudahkan exs movement
2) Memperbaiki teknik - Grip, positioning dan movement.
3) Membuat pecahan atlet kepada kumpulan kecil yang memerlukan pembetulan yang lebih spesifik.
4) Menetapkan sasaran agar dapat dicapai oleh atlet.
Komen serta pandangan Encik Izzani ini telah saya respon. Tindakan susulan yang akan dibuat adalah dengan memaklumkan perkara ini kepada jurulatih serta mengadakan perbincangan lanjut bagi penambahbaikan latihan atlet di masa akan datang.
- Cuti sekolah bagi pelajar di sekolah ini telah bermula pada 7hb November 2016.
Sekian, untuk laporan.
SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )
No comments:
Post a Comment