MASA : 2.00 - 3.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN LATIHAN GIMRAMA, SJKC TAMAN RASHNA KLANG.
KEHADIRAN : 6 ORANG ATLET, 2 JURULATIH DAN 1 GURU.
Seramai 6 orang gimnas hadir ke sesi latihan ini. Daripada 10 orang atlet yang sepatutnya hadir, jurulatih memaklumkan 4 daripadanya tidak dapat hadir atas sebab kecederaan, penyertaan dalam program kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan ada juga atlet yang tidak sihat.
Jurulatih turut memaklumkan ada juga atlet yang hadir ini tidak dapat berlatih dengan betul kerana kecederaan ringan yang di alami semasa program hari sukan sekolah yang dianjurkan baru-baru ini.
Latihan yang dijalankan ini adalah sebagai persediaan menghadapi kejohanan sirkit remaja kebangsaan yang akan di adakan pada bulan Disember 2013.
Sekian, untuk laporan
SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artistik & Gimrama, Tenpin Boling Dan Taekwondo
No comments:
Post a Comment