TARIKH : 4hb Ogos 2017 ( Jumaat )
TEMPAT : Pusat Akuatik Darul Ehsan , Shah Alam Selangor.
MASA LATIHAN : 4.30 - 7.00 Petang
MASA PEMANTAUAN : 4.30 - 5.45 Petang
KEHADIRAN :
1) Encik Rossarisham Bin Roslan ( JPM )
2) Puan Nur Hazzarina Binti Jimie ( JSM )
3)) Atlet : 11 lelaki & 6 wanita ( 17 orang)
Program Latihan
- Jurulatih memaklumkan atlet telah mula menjalani latihan 'dive' yang baharu. Pelbagai teknik latihan dapat dilihat menerusi pemantauan.
Ujian
- Tiada
Pertandingan
- Atlet baru sahaja menyertai Kejohanan Terjun Sirkit Remaja Kebangsaan yang telah di adakan pada 21-23 Julai 2017. Pencapaian keseluruhan atlet adalah 11 emas, 12 perak & 7 gangsa.
Peralatan
- Jurulatih memaklumkan peralatan 'ankle weight' adalah diperlukan memandangkan yang sedia ada telah bocor dan tidak sesuai untuk digunakan. Jenis yang diperlukan adalah berat 5 klilogram ( 2.5kg/2.5kg )
Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet dimaklumkan oleh jurulatih
Program Binaan
- Belum dijalankan.
Ulasan
1) Latihan berjalan seperti biasa. Jurulatih memberikan komitmen dan bekerjasama antara satu sama lain dalam melatih atlet.
SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )
No comments:
Post a Comment