Tarikh : 23hb Ogos 2016 ( Selasa )
Tempat : Pusat Latihan Negeri SMK Rantau Panjang, Kapar Klang.
Masa Latihan : 2.30 - 5.30 Petang.
Kehadiran :
- Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
- Atlet : 10 Orang ( 7 wanita & 3 lelaki )
PROGRAM LATIHAN
1) Back Squat
2) Pull Snatch
3) Balance Snatch
4) Back Press
5) Deadlift
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Atlet baru sahaja selesai menyertai Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Siri 2/2016 di Pinang.
PERALATAN
- Pusat latihan ini telah menerima peralatan 1 unit barbell dan 6 unit tali pinggang dari peruntukan oleh Majlis Sukan Negara dan peralatan ini telah digunakan oleh atlet semasa menjalani latihan.
KECEDERAAN
- Tiada atlet yang dilaporkan cedera ketika ini. Semua atlet berada dalam keadaan yang baik untuk menjalani latihan.
PROGRAM BINAAN
- Tiada bagi bulan ini.
ULASAN
- Sesi latihan berjalan dengan lancar. Atlet yang hadir kesemuanya adalah mereka yang bersekolah pada sessi pagi.
- Jurulatih memaklumkan bahawa latihan seterusnya selepas ini lebih tertumpu kepada persediaan Kejohanan Karnival Bakat yang seterusnya iaitu di Melaka pada bulan November 2016.
- 4 orang atlet wanita dari pusat latihan ini akan menyertai Kem Bakat Sukan Pelapis Siri 1/2016 yang akan di adakan pada 26hb - 31hb Ogos 2016 bertempat di Rompin, Pahang. Atlet yang terlibat adalah pelajar berumur 16 tahun dari sekolah ini. Atlet tersebut Nurul Fitrah, Siti Farha, Efrah dan Carolyne.
Laporan disediakan oleh :
SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik dan Angkat Berat
No comments:
Post a Comment