Friday, February 21, 2014

TAEKWONDO :PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TAEKWONDO : LATIHAN BERSAMA WORLD TAEKWONDO PEACE CORPS (KOREA)

TARIKH   :  19HB FEBRUARI 2014 (KHAMIS)
TEMPAT  :   PUSAT LATIHAN TAEKWONDO, JALAN BUNGA PEKAN 5, BANTING
MASA      :   8.00 - 10.30 MALAM
KEHADIRAN  : 6 JURULATIH, 18 ATLET, PPN

















Jurulatih dari World Taekwondo Peace Corps ( Korea )
1) Kim Jong Hun ( Ketua )
2) Kim Seonah
3) Kim Ji Hye
4) Sung Na Kun

Program Latihan 
1) Knee Raise, Burpy
2) Turning Kick
3) Sliding Turning Kick
4) Sliding  Jumping Chopping Kick

Ulasan :

Keempat-emapt jurulati dari TPC ini tiba ke pusat latihan pada jam 7.45 malam, sebaik persiapan dibuat,Program latihan bersama bermula tepat pada jam 8.00 Malam. Sekali sesi rehat pada jam 9.00 - 9.10 malam, latihan bersambung semula dan berakhir tepat jam 10.30 Malam setelah selesai sesi bergambar bersama pasukan taekwondo Pelapis Negeri.

Selingan masa rehat diisi dengan jurulatih ini memberi soalan berkaitan sukan taekwondo kepada atlet yang hadir. Antara soalan yang dikemukakan ialah Bilakah kali pertama sukan taekwondo disenaraikan dalam sukan olimpik? Jawapan yang diberikan adalah pada tahun 2000 ( Tiada atlet yang berjaya menjawab soalan ini )

 Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara yang menganjurkan program jelajah keempat-empat jurulatih ini bagi program latihan bersama dengan pasukan taekwondo Pelapis Negeri. Selangor merupakan destinasi kedua terakhir sebelum mereka kembali semula ke Korea.

Terima kasih kepada World Taekwondo Peace Corps kerana sudi datang berkongsi ilmu latihan bersama kami di sini, panjang umur sehingga dapat berjumpa lagi di masa akan datang.

Laporan disediakan oleh.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo



No comments:

Post a Comment