Friday, November 8, 2013

TENPIN BOLING :KLINIK SUKAN TENPIN BOLING, PROGRAM PELAPIS NEGERI USPTN SELANGOR 2013

TARIKH    : 7HB NOVEMBER 2013 ( KHAMIS )
TEMPAT   : SK BANDAR ANGGERIK SHAH ALAM & SUNWAY MEGALANES, PJ
MASA        : 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
PENYERTAAN : 45 ORANG PELAJAR, 4 GURU, 3 URUSETIA, PPN DAN JURULATIH














Program Klinik Sukan Tenpin Boling ini telah mendapat sokongan dari pihak MSN Selangor dan juga SK Bandar Anggerik, Seksyen 6 Shah Alam. Dua sesi telah dijalankan iaitu bertempat di SK Bandar Anggerik dan di Sunway Megalanes, Petaling Jaya Shah Alam.

Encik Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor selaku Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor telah memberikan ucapan perasmian pembukaan bagi program ini. Turut hadir, Encik Abdul Rashid, Guru Besar serta 4 orang guru.

Antara fokus penyampaian jurulatih pada sesi klinik ini adalah seperi berikut :

1) Sesi Pertama : SK Bandar Anggerik
    9.00 pagi - 12 tengah hari
    - Sejarah Tenpin Boling
    - Pusat Boling
    - Undang - Undang Tenpin Boling
    - Peralatan Tenpin Boling
    - Permainan Tenpin Boling
       a) Jenis Permainan Boling
       b) Etika Tenpin Boling
       c) Pemakaian
       d) Pemilihan peralatan ( Bola, Kasut )
       e) Cara- Cara Bermain Boling

2) Sesi Kedua :Sunway Megalanes PJ
    2.00 - 4.15 Petang
    - Warm Up & Warm down Drills
    - Kneel Down Drills
    - Foul Line / Balancing Drills
    - One Step Drills
    - Two Step Drill And Five Step Drill With/Without Push Away

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak SK Bandar Anggerik dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan di masa- masa yang akan datang.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Tenpin  Boling, Gimnastik Artistik & Gimrama dan Taekwondo
     

No comments:

Post a Comment