Friday, November 4, 2011

HARI PERTAMA UJIAN KECERGASAN SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 3.11.2011 (Khamis)
Masa : 2.30 Ptg
Tempat : Pusat Sukan MSN Seksyen 6, Shah Alam

Kehadiran : 17 orang Atlet & 2 org jurulatih

Hari pertama ujian kecergasan sukan Berbasikal melibatkan 17 orang atlet dan 2 orang jurulatih. Ujian ini di buat adalah untuk memastikan atlet berbasikal Negeri Selangor berada di tahap kecergasan yang baik. ujian ini akan di lakukan sebanyak 2 kali setahun. Tujuannya adalah untuk membandingkan ujian yang di buat pada masa akan datang adakah lebih baik atau sebaliknya. perkara sebegini sekiranya di praktikan ia akan dapat membantu kita mengetahui keadaan kecergasan atlet tersebut.

antara ujian yang di jalankan adalah ujian kelenturan (sit & reach), ujian core (sit up & push up), ujian kekuatan (vertical jump & standing board jump) dan ujian cardio (shuttle run). Hari kedua ujian akan berlangsung pada hari ini (jumaat) jam 3.00 petang.

--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, BERBASIKAL, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

No comments:

Post a Comment