Sunday, January 31, 2016

KEJOHANAN AKUATIK REMAJA SELANGOR KALI KE - 26

TARIKH  :  28hb - 31hb JANUARI 2016.
TEMPAT :  PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN ( PADE ) SHAH ALAM SELANGOR










PENYERTAAN :

Sebanyak 12 kelab seluruh Selangor mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama 4 hari ini :

1) ASC - Anakair Swimming Club ( 34 Orang )
2) CEM - Cempaka Swimming Club (8 Orang )
3) INP - Independent (2 Orang )
4) KSAS - Kelab Shah Alam Selangor ( 32 Orang )
5) KLASS - KLASS Torpedoes ( 15 Orang )
6) KPGCC - Kota Permai GCC Swim Team (49 Orang )
7) PADE - PADE  Supersharkz  ( 146 Orang )
8) PSC - Piranhas Swim Club
9) RKC - Royal Klang Club (( 13 Orang )
10) SONIC - Sonic Swim Club ( 63 Orang )
11) SST - Sri KL Sharkies ( 53  Orang )
12) SSC - Stingray Swimming Club ( 52 Orang

JUMLAH KESELURUHAN :

499 Orang perenang ( 327 Lelaki & 172 Wanita )

ULASAN :

- Sejak edisi pertama, Kejohanan Akuatik Remaja Selangor ini telah berjaya mencungkil bakat- bakat dalam keempat-empat kategori sukan akuatik iaitu acara renang, terjun , renang berirama dan polo air. Dengan adanya kejohanan seumpama ini , ianya mampu memberi peluang kepada generasi muda mempersembahkan bakat dan dedikasi mereka dalam sukan yang digemari.

- Kejohanan ini juga memberi peluang kepada perenang- perenang muda untuk meningkatkan pencapaian diri masing-masing di samping membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada diri sendiri dan keluarga.

Sekian, untuk laporan

PERJUMPAAN DENGAN ATLET DAN JURULATIH PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT DI HULU LANGAT

TARIKH   :  28hb JANUARI 2016 ( KHAMIS )
TEMPAT  :  PUSAT LATIHAN BATU 18, KAMPUNG JAWA HULU LANGAT SELANGOR.
MASA      : 4.15 - 6.30 PETANG.
KEHADIRAN  :

5 ORANG ATLET
3 JURULATIH
2 PEGAWAI









ULASAN :

Perancangan untuk ke pusat latihan ini telah dibuat minggu lalu yang bertujuan untuk mengadakan perjumpaan dan seterusnya berbincang  dengan jurulatih bagi perlaksanaan program bagu tahun 2016.

Semasa kunjungan saya bersama dengan LO negeri  ( Encik Haziq Bin Zuhair )  ke sini, kami dimaklumkan oleh jurulatih yang pada setiap hari Khamis, atlet menjalankan aktiviti sukan ( bebas ) . Antara aktiviti sukan mereka adalah bermain badminton dan bola sepak  Ini bermakna, hari khamis merupakan hari santai para atlet setelah mereka menjalankan latihan pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat dan ada sebahagian atlet yang menjalankan latihan pada hari Sabtu ( Tidak ramai ).

Jika melihat pada bangunan dan persekitaran pusat latihan ini, di dapati kerja-kerja penambahbaikan yang dijalankan oleh kontraktor telah siap sepenuhnya. Bilik stor ( seperti dalam gambar ) juga telah dipasang bumbung, jika sebelum ini kunjungan bulan Disember 2015 lalu , ianya masih terbuka.  

Jurulatih memaklumkan bahawa 3 unit kipas dan 3 unit lampu di pusat ini yang tidak berfungsi (rosak )

Antara perbincangan kami bersama dengan jurulatih :

1) Jurulatih mencadangkan agar Kejohanan Dalaman  dapat dijalankan sebanyak 3 kali bagi tahun 2016. Rasionalnya adalah bagi menguji angkatan atlet . Ianya juga sebagai platform mengadakan pemilihan bagi penyertaan ke kejohanan. Cadangan bagi siri pertama adalah pada bulan Februari 2016. Kejohanan Dalaman ini nanti akan memastikan penglibatan dari pusat latihan Kuala Selangor, Hulu Langat dan juga Klang.

2) Cadangan bagi perlaksanaan Ujian Kecergasan Siri 1/2016 juga ingin di adakan  pada bulan Februari 2016.

3) Jurulatih memaklumkan atlet  yang berlatih di SMK Abdul Jalil, Hulu Langat , diharapkan  dapat menjadi atlet pelapis bagi  atlet SUKMA 2016 nanti. Jurulatih yang melatih atlet-atlet SMK Abdul Jalil pada masa ini ialah En Muhammad Noor Saiful Bin Puad.

4) PPN mendapati tiada peralatan yang boleh di alihkan dari pusat latihan ini untuk dipinjamkan ke SMK Rantau Panjang ( Jurulatih En. Suhaizad Subari ) memandangkan di sini ( Hulu Langat ) juga amat memerlukan peralatan bagi tujuan latihan. Ini memandangkan jumlah atlet yang berlatih pada satu-satu masa adalah ramai dan memang memerlukan lebih peralatan. Maka, akan di usahakan agar peralatan dapat diperolehi dari pusat latihan Kuala Selangor ( SMK Bestari Jaya ) untuk di alihkan ke pusat latihan Klang ( SMK Rantau Panjang )

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik dan Angkat Berat


Friday, January 29, 2016

PENGENALAN : TEKNIK SNATCH DAN CLEAN & JERK KEPADA PELATIH BARU.

TARIKH  : 27HB JANUARI 2016 ( RABU )
TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG, KLANG.
MASA      : 9.00 - 10.00 PAGI

PENYERTAAN :
PELAJAR TINGKATAN 1.
34 ORANG PELAJAR ( 12 LELAKI DAN 22 WANITA ).
JURULATIH : ENCIK SUHAIZAD SUBARI.











ULASAN :

1) Seramai 34 orang pelajar tingkatan satu SMK Rantau Panjang telah memilih sukan angkat berat sebagai sukan bagi aktiviti ko-kurikulum mereka.

2) Encik Suhaizad Subari ( JSM ) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi pengenalan  teknik Snatch dan Clean & Jerk kepada pelajar-pelajar ini.

3) Jumlah ini akan ditapis lagi sehingga menjadi jumlah yang lebih kecil dan akan memilih HANYA mereka yang benar-benar berminat dan berpotensi sahaja untuk di serap dalam program USPTN.

4) Dalam masa yang sama juga, atlet yang sedia ada turut menjalankan latihan seperti biasa dan program latihan jurulatih pada masa itu adalah seperti berikut :

     i) Back Squart
    ii) Pull Snatch                  
  iii ) Snatch Power
  iv ) Back Press.

Sekian, umtuk laporam ringkas.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik dan Angkat Berat


Tuesday, January 26, 2016

PEMANTAUAN LATIHAN TAEKWONDO BERSAMA TAEKWONDO PEACE CORPS (TPC) DARI KOREA

SUKAN : TAEKWONDO


Tarikh : 23.01.2016
Masa : 7.30 Petang - 10.00 Malam
Tempat : 168, Jalan Persiaran, Pelabuhan Klang.

Tarikh : 24.01.2016
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahri
Tempat :  Kelab Taekwondo Saujana, Banting

Kehadiran :
1. Balakrishnan - JSM
2. Arikrishnasamy - JSM
2. Atlet - Lelaki - 30 Wanita - 20
3. TPC Korea - 3 Atlet

LATIHAN
1. Warming Up
2. Latihan teknik & taktik
3. Sparring

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Pasukan akan menyertai Kejohanan Taekwondo Sportexcel 1st bertempat di Perlis

PERALATAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Ujian Kecergasan akan diadakan sebelum pasukan menyertai kejohanan

ULASAN

1. Kehadiran amat memuaskan.

2. Sesi latihan kali ini dihadiri bersama Taekwondo Peace Corps dari Korea, Mereka mengajar teknik serta taktik terbaru dalam pertandingan

3. Beberapa orang dari pihak persatuan terlibat secara langsung dalam latihan kali ini.

4. Pihak persatuan berharap program ini dapat diadakan setiap tahun.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Taekwondo Negeri Selangor
Tarikh: 26.01.2015








SELANGOR AGE GROUP DIVING CHAMPIONSHIP ( DIVING ) 2016

TARIKH   :   24hb JANUARI 2016 ( AHAD )
TEMPAT  :   PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN ( PADE )
MASA      :   8.30 PAGI HINGGA 1.30 PETANG














PENYERTAAN 

10 atlet Wanita
19 atlet Lelaki

Jumlah : 29 Orang penyertaan

KEPUTUSAN 

3M Springboard Boys - Open
1) Ikhlas Ahmad Sharol Lail ( 2001 ) - 255.30
2) Farez Izzudin Shuhaimi ( 2002 ) - 239.80
3) Tan Czyn Jien ( 2004 ) - 224.10

3M Springboard Girls - Open
1) Margaret Koh Hui Yan ( 2003 ) - 172.20
2) Erica Pan Ying Xin (2003 ) -166.55
3) Nur Alya Jazmina (2004 ) - 158.65

1M Junior Springboard Boys
1) Justin Chong Wei Han ( 2006 ) - 45.45
2) Gerald Alexander Ang (2007 )
3) Luqman Muhammad Khairee (2006 ) - 45.00

Boys Platform Open
1)  Muhammad Haris Bin Mohd Rezal ( 2005 ) - 220.60
2)  Ng Zheng Yuen ( 2003 ) -211.35
3) Tan Cyn Jien ( 2004 ) -208.80

Girls Platform Open
1) Lim Min ( 2003 ) - 163.90
2) Nur Alya Jazmina ( 2004 ) -144.25

Junior Platform - Boys
1) Hong Shern ( 2005 ) - 67.50
2) Justin Chong Wei Han ( 2006 ) - 65.00
3) Lim Jyn Yang ( 2004 ) - 64.00

Junior Platform - Girls
1) Veronica Ho Li Jia (2006 ) - 70.50
2) Tan Yu Qian ( 2004 ) - 65.50

1M Springboard Boys - Open
1)  Farez Izzudin Suhaimi ( 2002 ) -  235.20
2)  Ikhlas Ahmad Sharol Lail ( 2001 ) - 217.85
3) Ng Zheng Yuen (1999 ) -190.10

1M Springboard Girls - Open
1) Adeline Chin  ( 1999 ) - 175.30\
2) Erica Pan Ying Xin (2003 ) -171.45
3) Margaret Koh Hui Yan - 158.05

3M Springboard Boys - Open
1) Ikhlas Ahmad Sharol Lail ( 2001 ) - 255.30
2) Farez Izzudin Shuhaimi ( 2002 ) - 239.80
3) Tan Czyn Jien (2004 ) - 224.10

ULASAN

- Secara keseluruhan, Kejohanan Dalaman Sukan Terjun ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama padu dari pihak Persatuan, Jurulatih, Urusetia, Teknikal dan seterusnya atlet.
- Majlis penyampaian hadiah berjalan dengan lancar dan disempurnakan oleh jurulatih sukan terjun.
- Kejohanan ini berakhir kira- kira jam 1.30 petang.

Laporan di sediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik ( Renang & Terjun ) dan Angkat Berat





TENPIN BOLING - NATIONAL EVALUATION 2016

Tarikh : 24 Januari 2016

Tempat : Ampang Superbowl, Summit USJ, Subang

Masa : 10 am - 12 pm

Penyertaan : 69 orang

Tujuan 'National Evaluation'  adalah pemilihan atlet Program Pelapis Selangor yang akan menjalani pendedahan latihan dan kejohanan sepanjang tahun ini. Seramai 69 atlet samada yang pernah berada dalam program SUKMA, Pelapis dan Bakat Baru menyertai ini. Pemilihan diketuai oleh En George Tan dari MTBC.

Selepas sejam atlet menjalani pemilihan, seramai 50 orang atlet ( 30 : AA dan 20 : AAA) terpilih menyertai program ini.

Diharapkan atlet ini dapat menjalani latihan dan kejohanan secara konsisten sepanjang tahun ini.

Tahniah bagi yang terpilih..!!!

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, TENPIN BOLING DAN SEPAK TAKRAW
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

Friday, January 22, 2016

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN ANGKAT BERAT

TARIKH   :  22hb JANUARI 2016 ( JUMAAT )
TEMPAT  :  SMK RANTAU PANJANG, KAPAR KLANG.
MASA       :  8.00 HINGGA 11.00 PAGI


















KEHADIRAN :

Jurulatih : Encik Suhaizad Subari
Atlet       : 6 Wanita & 5 Lelaki

PROGRAM LATIHAN :

- Warm Up
- Front Squat
- Power Clean
- Press
- Stretching
- Warm Down

UJIAN
- Ujian kecergasan akan di laksanakan pada bulan Februari 2016.

PERTANDINGAN
- Tiada buat masa ini.

PERALATAN
- Selain dari kekurangan peralatan, peralatan yang sedia ada juga ada yang telah rosak.
- Bar 15kg dan 20kg yang terdapat di pusat latihan ini sudah terlalu uzur ( 15 tahun ).
- Tidak terdapat set peralatan untuk pelatih wanita di sini.

Antara peralatan yang sedia ada di pusat latihan ini adalah seperti berikut :

1) Bar - 15kg
2) Bar - 20kg
3) Cakera - 25kg ( 2 set ), 20kg ( 1 set ), 15kg (1 set),10kg ( 1 set ),5kg ( 1 set ) 2.5kg (2 set )
4) Rak
5) Blok

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN.
- Tiada pada bulan Januari .Program dirancang untuk di adakan pada bulan Februari 2016 nanti.

ULASAN

- Kehadiran atlet sangat memuaskan pada sesi latihan sebelah pagi ini di mana mereka yang bersekolah sesi petang akan berlatih pada waktu pagi.

- Puan NorAishah (Penolong Kanan Ko Kurikulum sekolah ) berkesempatan untuk melihat sesi latihan pada hari ini. Beliau telah berjumpa dengan jurulatih dan  memohon agar jurulatih dapat mengadakan latihan pada sesi pagi dan petang dengan mengurangkan hari latihan dalam seminggu. Walaubagaimanapun, jurulatih telah menjelaskan beliau tidak dapat memenuhi cadangan Puan Noraishah memandangkan beliau bekerja mengikut shif.

- Mengenai isu kekurangan peralatan, perkara ini telah dibincangkan bersama dengan pihak persatuan bagi mendapatkan peralatan berkenaan yang ada di pusat latihan SMK Raja Muda Musa, Kuala Selangor untuk dibawa ke SMK Rantau Panjang, Klang.

- Menerusi perbincangan dalam mesyuarat JKK Bil 2/2015 30hb Disember lalu, pusat latihan SMK Rantau Panjang ini telah dicadang untuk di naik taraf menjadi pusat latihan negeri jika sebelum ini hanya sebagai pusat Program Pengalakkan Sukan ( PPS ) sahaja. Komitmen yang ditunjukkan oleh jurulatih dan semangat yang ditunjukkan pelajar di sini sangat memuaskan.

- Kekurangan platform.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN Selangor
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang dan Terjun )