Friday, April 29, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TENPIN BOLING

Tarikh                 :     25 April 2011 (Isnin)
Masa                  :     7.15 malam
Tempat               :     Pusat Latihan Tenpin Boling, Ole-Ole Superbowl, Ole-Ole Mall
Waktu Latihan     :     6.00 ptg - 8.00 mlm (Isnin, Selasa dan Khamis)
Jurulatih (JSM)    :     Gerald Samuel

Seramai 16 org atlet hadir semasa sesi latihan yang dijalankan oleh En. Gerald Samuel selaku Jurulatih Separuh Masa, USPTN Selangor. Para atlit memberi sepenuh tumpuan kepada sesi latihan yang sedang berlansung. Jurulatih latih juga berperanan di dalam memberi tunjuk ajar kepada kemahiran-kemahiran yang betul kepada para atlit.
 
Selain itu juga, sesi taklimat ringkas juga diberikan kepada atlit oleh jurulatih untuk memberi maklum balas lansung kepada mereka. Ianya juga bagi membolehkan para atlit bertanyakan sebarang kesulitan yang dihadapi semasa latihan untuk peningkatan prestasi masing-masing.  
 
Sekian.
-- 
ZIE ILEANA IZRA BINTI UJANG
PKU/PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
(BERBASIKAL & TENPIN BOLING)
USPTN SELANGOR

MESYUARAT PELARASAN KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRI 01/2011 KELANTAN






Tarikh : 25hb April 2011
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Mesyuarat Pelarasan Karnival Pelapis Negeri Siri 1/2011

Penganjuran mesyuarat ini adalah bertujuan bagi menyelaraskan persiapan kontinjen Pelapis Selangor ke Karnival Pelapis Negeri Siri 01/2011 di Kota Bahru, Kelantan. Perbentangan kertas kerja bagi persiapan ini telah di bentangkan oleh Pemangku Ketua Unit USPTN Selangor, Pn. Zie Ileana Izra Bt. Ujang bagi mendapatkan kelulusan peruntukan tambahan, bantuan penggangkutan serta perkhidmatan fisoterapi daripada pihak Majlis Sukan Negeri Selangor.

Mesyuarat ini juga telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah Eksekutif MSNS, En. Norzamri B. Ishak. Kehadiran daripada Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Ketua-Ketua Unit daripada Bahagian Pembangunan Sukan, Pengurusan & Kewangan, Unit Korporat serta para Pegawai Pembangunan Negeri USPTN Selangor telah membantu menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak USPTN Selangor.

Sekian

Disediakan oleh
Mohd Firdaus Rosli
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Selangor

Monday, April 25, 2011

PROGRAM PEMILIHAN GIMNAS PELAPIS SUKAN GIMRAMA 2011

Tarikh : 23hb April 2011 ( Sabtu )
Tempat : Dewan Sukan Gimrama , Pusat Sukan Seksyen 6 Shah Alam.
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang


Program julung kali bagi sukan gimrama ini adalah anjuran kerjasama antara USPTN Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Gimnastik Amatur Selangor. Seramai 55 orang gimnas cilik dari pelbagai kelab-kelab sukan gimrama dan sekolah negeri Selangor hadir bagi menyertai program pemilihan ini.

Panel pemilihan terdiri daripada 3 orang dan diketuai oleh Cik Elena Mesyeryakova ( Jurulatih Program Pelapis ) , dibantu oleh Cik Norzalwani (PT USPTN Selangor ) dan PPN. Objektif program ini diadakan adalah untuk mencari gimnas terbaik bagi melengkapkan pasukan terbaik negeri Selangor dalam program Pelapis Negeri.

Encik Leong Theng Choon selaku Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan MSN Selangor, telah meluangkan masa untuk hadir ke program ini. Beliau sempat memberi sepatah dua kata dalam perjumpaan ringkas bersama dengan jurulatih dan ibubapa. Beliau mengucapkan setinggi terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh jurulatih dan ibubapa dalam membangunkan sukan gimrama di negeri Selangor.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan Selamat maju jaya bagi mereka yang terpilih :)

Laporan disediakan oleh:
SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR

Sukan Badminton & Gimnastik

Thursday, April 21, 2011

UJIAN KECERGASAN SUKAN ANGKAT BERAT


Ujian Kecergasan Sukan Angkat Berat USPTN Selangor 

Tarikh         :       21/4/2011 (Khamis)
Masa          :       3.00 Ptg

Kehadiran   :       19 orang Atlet dari dua pusat latihan (SMK Raja Muda Musa dan Pusat Latihan Batu 18 Hulu Langat)
                          2 org jurulatih (Ahmad Fazlan Ghazali dan Mohd Zairi bin Tamyiz)
                          1 orang pembantu jurulatih 
                          1 orang guru pengiring
                          2 orang pegawai dari Unit Sains Sukan MSNS (Penyelenggara Program)

Ujian kecergasan ini di buat adalah untuk memastikan atlet angkat berat Negeri Selangor berada di tahap kecergasan yang baik. ujian ini akan di lakukan sebanyak 2 kali setahun. Tujuannya adalah untuk membandingkan ujian yang di buat pada masa akan datang adakah lebih baik atau sebaliknya. perkara sebegini sekiranya di praktikan ia akan dapat membantu kita mengetahui keadaan kecergasan atlet tersebut.

antara ujian yang di jalankan adalah Bleep test, jangkauan Melunjur, push up, sit up dan lompat jauh. penghujung tahun ini akan di nilai sekali lagi ujian ini bagi memastikan tahap kecergasan atlet.

sekian

Abd Latif Arshad
PPN selangor 

MESYUARAT UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR BIL 4/2011

TARIKH : 20HB APRIL 2011 (RABU)
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SUKSES
KEHADIRAN :

Hadir
i. Pn. Zie Ileana Izra Ujang - Pemangku Ketua Unit (Pengerusi)
ii. Pn. Suhana Suhaili - Pegawai Pembangunan Negeri
iii. En. Abd. Latif Arshad - Pegawai Pembangunan Negeri
iv. En. Mohd Firdaus Rosli - Pegawai Pembangunan Negeri
v. Pn. Norzalwani Mat Hassan @ Mat Hussin - Pembantu Tadbir Pentadbiran & Kewangan

Tidak Hadir
i. En. Norazizam Mohamad Nor - Pegawai Pembangunan Negeri

Mesyuarat kali ini seperti kebiasaanya, sebelum memulakan mesyuarat pengerusi memaklumkan bahawa ketidakhadiran En. Norazizam Mohamad Nor pada mesyuarat kali ini adalah disebabkan oleh Program 'Attachment' di Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil selama 1 minggu (18.04.2011 - 22.04.2011). Antara agenda dalam mesyuarat ini adalah maklumat daripada Majlis Sukan Negara dan Karnival Pelapis Negeri Siri 1/2011 di Kelantan yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Unit, pembentangan program sukan oleh Pegawai Pembangunan Negeri, PT Pentadbiran dan PT Kewangan disamping hal-hal berbangkit yang lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 Petang

Wednesday, April 20, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Angkat Berat Batu 18 Hulu Langat



Pemantauan Pusat Latihan Angkat Berat batu 18 Hulu Langat

Tarikh                 :     19/4/2011(Selasa)
Masa                  :     4.00 ptg
Tempat               :     Pusat Latihan Angkat Berat Batu 18 Hulu Langat
waktu latihan       :     4.00 ptg - 7.00 ptg dan 8.30 mlm - 10.30 mlm
jurulatih (JPM)     :     Mohd Zairi Bin Mohd Tamyiz (MSNS)
jurulatih (JSM)     :     Yuslinda Mat Isa Tia (MSNS)
pem. Jurulatih      :     Mohd Zafuan bin Mohammad (bekas atlet)
pem. Jurulatih      :     Mohd Tamyiz bin Johari


Seramai 12 org atlet hadir semasa sesi latihan petang di jalankan dan tambahan 3 org atlet pada sebelah mlm. terdapat tambahan 5 org atlet baru di pusat latihan ini. 2 org perempuan dan 3 org lelaki. atlet baru ini akan dimasukkan ke dalam maklumat atlet. jumlah atlet yang berdaftar di bawah pusat ini adalah seramai 18 orang.

Terdapat atlet yang ada peningkatan dalam angkatan secara pantas berdasarkan angkatan terbaik pada setiap bulan. Tahniah di ucapkan kepada jurulatih kerana menjalankan latihan dengan baik. kepada atlet yan baru diharap tidak ptus semangat untuk terus berlatih dan menjadi seorang atlet angkat berat Selangor yang berjaya.

sekian 
 
Abd Latif Arshad
PPN selangor

 

Monday, April 18, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN SKUASY USPTN SELANGOR

Tarikh : 16hb April 2011 (Sabtu)
Masa : 12.00 Tengahari
Tempat : Astaka, Petaling Jaya

Seramai 25 orang atlet telah menjalani latihan dibawah kendalian JLN En. Adnan Gul. Latihan dijalankan 2 sesi iaitu jam 12.00 tengahari dan 1 sesi lagi pada jam 2.00 petang. Atlet memanaskan badan sebelum menjalani latihan gelanggang seperti biase bagi memfokuskan teknik dan perlawanan sesama sendiri serta membaiki kesilapan-kesilapan pada kejohanan lepas.

Semasa lawatan dibuat saya berbincang dengan pihak persatuan berkenaan perlantikan JPM USPTN Selangor yang diberi kouta oleh pihak Cawangan Pelapis. Pihak Persatuan masih mencari calon JPM yang sesuai bagi menggantikan JLN yang akan menamatkan perkhidmatan pada 30.06.2011. Lawatan saya juga disertai oleh Pegawai Perhubungan MSN Selangor En. Mohamad Shahrir.

Latihan bermula pada jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 4 Petang.

--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK USPTN SELANGOR

Tarikh : 16hb April 2011(Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Lapangsasar Menembak Kebangsaan Subang

Seramai 15 org atlet telah menjalani latihan dibantu oleh jurulatih SUKMA lantikan MSN Selangor iaitu Cik Ishvari bagi acara pistol dan En. Shakimi bagi acara rifle. Atlet memanaskan badan sebelum menjalani latihan range seperti biase bagi memfokuskan teknik yang terbaik untuk mendapatkan mata serta membaiki kesilapan dalam kejohanan yang lepas. Latihan ini juga adalah untuk menghadapi Kejohanan Sportexcel kali ke-3 di Subang nanti.

Semasa lawatan dibuat saya sempat berbincang dengan pihak persatuan berkenaan perlantikan JSM USPTN Selangor bagi atlet-atlet sedia ada. Pihak Persatuan telah memberi beberapa orang calon untuk dilantik sebagai JSM bagi sukan menembak. Perbincangan dengan jurulatih berkenaan telah dilakukan dan permohonan kepada pihak Cawangan Pelapis akan dibuat secepat yang mungkin. Lawatan saya juga disertai oleh Pegawai Perhubungan MSN Selangor En. Mohamad Shahrir.
Latihan bermula pada jam 10 pagi rehat diberikan pada jam 1.00 tengahari dan latihan disambung jam 2.30 petang berakhir jam 6 Petang.

--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR